Kehidupan awal dan pendidikan Jaehyun (NCT127)

Jaehyun dilahirkan pada 14 Februari 1997, di Daerah Seocho, Seoul, Korea Selatan. [1] Walaupun dia dilahirkan sebagai Jeong Jae-hyun ( Hangul: 정재현code: ko is deprecated ), dia kemudiannya secara sah menukar namanya kepada Jeong Yun-o ( Hangul: 정윤오code: ko is deprecated ). [1] Jaehyun tinggal dan belajar di Connecticut, Amerika Syarikat dari umur lima sehingga 10 tahun dan menggunakan nama Inggeris Jay Jeong. [2] Oleh itu, dia fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Korea. Jaehyun mula berminat dalam bidang muzik sejak usia muda kerana pengaruh ibu bapanya, dan mempelajari cara bermain gitar dan piano. Kemudian, beliau mula menyanyi semasa berada di sekolah menengah. Neneknya yang merupakan seorang penari profesional yang sudah bersara, membantunya dalam latihan tarian. [3] [4] Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Shindong dan Sekolah Menengah Tinggi Apgujeong. Beliau berpindah ke Sekolah Seni Persembahan Seoul pada tahun kedua menengah tinggi dan menamatkan pengajian pada tahun 2016. [5] [6] Jaehyun pernah menjawat jawatan sebagai presiden majlis pelajar. [3]

Rujukan

WikiPedia: Jaehyun (NCT127) http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=201607101242... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://www.mtv.com/news/3101558/nct-127-guide/ http://tvdaily.asiae.co.kr/read.php3?aid=154168926... http://www.jumpball.co.kr/news/newsview.php?ncode=... http://www.hancinema.net/korean_%7B%7B%7Bid%7D%7D%... https://www.billboard.com/articles/columns/k-town/... https://www.billboard.com/charts/world-digital-son... https://www.chosun.com/entertainments/entertain_ph... https://www.chosun.com/site/data/html_dir/2017/11/...